awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS, Snoop Dogg bakal berkolaborasi

Agensi
Agensi
27/03/2022
11:05 MYT
BTS, Snoop Dogg bakal berkolaborasi
Ketika BTS baru memulakan dominasi muzik, salah sebuah lagu mereka bertajuk "Hip Hop Phile" menyebut Snoop sebagai inspirasi. - Gambar media sosial
PENYANYI rap ternama dunia, Snoop Dogg memaklumkan, dia dan BTS akan menghasilkan lagu bersama, sesuatu yang dinantikan peminat kumpulan K-Pop itu sejak awal tahun ini.
"Saya akan membiarkan mereka (BTS) memberitahu anda mengenainya. Ia rasmi seperti pengadil yang sudah meniup wisel. Ia (hasil) muzik yang bagus," kata Snoop seperti yang dipetik dari Billboard.
Pada tahun 2014, ketika BTS baru memulakan dominasi muzik, salah sebuah lagu mereka bertajuk "Hip Hop Phile" menyebut Snoop sebagai inspirasi.
Dan kekaguman mereka tidak hanya sebelah pihak kerana Snoop juga menyatakan perasaan yang sama.
“Saya menghasilkan muzik yang bagus. Mereka juga membuat muzik yang bagus. Jadi kami akhirnya melakukan ini. Inilah yang selalu berlaku, menyatukan dunia kita," katanya.
BTS ARMY telah menantikan berita ini sejak Januari, apabila Snoop mendedahkan dalam podcast Mogul Talk bahawa sebuah boyband lelaki itu telah menghubunginya.
"Sebuah kumpulan bernama BTS sedang menunggu saya untuk berkolaborasi bersama mereka, tetapi saya masih memikirkannya," katanya kepada hos rancangan itu.
Topic Berkaitan
#BTS
#Snoop Dogg
#muzik
#Lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan