awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan tak nak berlakon, tapi...' - Khai Bahar

Gempak
Gempak
03/03/2019
06:19 MYT
'Bukan tak nak berlakon, tapi...' - Khai Bahar
KHAI BAHAR: Bukan tak nak berlakon, tapi jadual saya sebagai seorang penyanyi telahpun padat dan sukar untuk saya mengikuti mana-mana sesi penggambaran.
PENYANYI popular, Khai Bahar berminat untuk menceburi bidang lakonan namun masih menunggu masa yang sesuai.
Menurut Khai, jadualnya sebagai seorang penyanyi sangat padat dan agak sukar untuk dia menjalani sesebuah penggambaran lakonan buat masa ini.
"Saya sebenarnya minat untuk berlakon, saya juga telah ditawarkan oleh beberapa produksi untuk berlakon tetapi terpaksa untuk tidak menerimanya buat masa ini.
"Bukan tak nak berlakon, tapi jadual saya sebagai seorang penyanyi telahpun padat dan sukar untuk saya mengikuti mana-mana sesi penggambaran.
"Seperti yang kita tahu, berlakon memerlukan masa dan komitmen yang lebih berbanding menyanyi yang hanya ke lokasi persembahan," ujarnya.
Khai berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-25 bertempat di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Khai mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi lagu-lagu hitnya seperti Bayang, Luluh dan Rahsia Kita.
Topic Berkaitan
#bidang lakonan
#jadual padat
#Khai Bahar
#minat untuk berlakon
#penggambaran lakonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan