awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah: Polis siasat pelakon Bollywood Kangana Ranaut

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2020
02:32 MYT
Dadah: Polis siasat pelakon Bollywood Kangana Ranaut
Kangana Ranaut mencabar pasukan keselamatan untuk melakukan ujian pengesanan dadah.- Instagram@kanganaranaut
Selepas aktres Bollywood Rhea Chakraborty ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, kini model dan pelakon terkenal, Kangana Ranaut pula dikaitkan dengan isu yang sama.
Times of India melaporkan Menteri Dalam Negeri Maharashtra, Anil Deshmukh memaklumkan Jabatan Siasatan Narkotik Mumbai sedang menyiasat kemungkinan pelakon bersuara lantang itu mengambil dadah.
Sebagai reaksi kepada kenyataan Anil, Kangana dalam Twitternya mencabar pasukan keselamatan itu melakukan ujian pengesanan dadah.
"Saya lebih gembira untuk melakukan... tolong lakukan ujian dadah ke atas diri saya.
"Periksa semua rekod saya dan jika anda menemui sebarang bukti mengaitkan diri saya dengan dadah.
"Saya akan terima dan meninggalkan Mumbai selama-lamanya. Saya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan anda," katanya dalam Twitter di sini, pada Jumaat.
Kangana adalah antara lima pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi di India dengan AS2.6 juta (RM10.8 juta).
Penerima tiga Anugerah Kebangsaan India itu dianggap sebagai salah seorang bintang filem Bollywood yang paling bergaya.
Pelakon yang pernah menerima anugerah berprestij kebangsaan India Padma Shri itu membintangi beberapa filem popular termasuk "Gangster", "Tanu Weds Manu" dan "Raaz: The Mystery Continues".
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kangana Ranaut
#Narendra Modi
#Raaz
#Tanu Weds Manu
#Times of India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan