awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dalam proses selesaikan kemelut rumah tangga" - Syamsul Yusof ada sebab berdiam diri

Gempak
Gempak
22/06/2022
04:30 MYT
"Dalam proses selesaikan kemelut rumah tangga" - Syamsul Yusof ada sebab berdiam diri
Menurut Syamsul, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. - Gambar GEMPAK
PELAKON dan pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya dalam proses menyelesaikan kemelut rumah tangganya.
Menurut Syamsul, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.
“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that.
“Saya bukan lari ke apa cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri, itu yang terbaik, kerana pihak sana dah keluarkan.
“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti menyinggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Tapi itulah dia kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap.
“Tanpa kita sedar menganggap the real life now is for them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan?
“Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen.
“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu.
“Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga saya. Jadi itulah dia,” jelasnya kepada Gempak.
Syamsul ditemui usai siaran langsung program Meletop di Studio Satu, Astro pada Selasa.
Dalam pada itu, Syamsul juga turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan bapa kepada dua anak ini sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar.
“Baru-baru ini pula kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula,” ujarnya
Nantikan temu bual penuh dalam segmen Lanchang Bethol untuk minggu ini.
Terdahulu, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira.
Terbaharu, pada 21 Jun, isterinya Puteri Sarah telah berkongsi satu tangkap layar yang mendakwa Syamsul telah melangsungkan pertunangan dengan wanita tersebut.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Puteri Sarah
#Ira Kazar
#anak Yusof Haslam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan