awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengan sekali lafaz, Ippo Hafiz selamat bergelar suami kepada Fara Roslan

Gempak
Gempak
25/08/2019
01:00 MYT
Dengan sekali lafaz, Ippo Hafiz selamat bergelar suami kepada Fara Roslan
Ippo dan Fara itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah.
PENYANYI, komposer dan penerbit, Ippo Hafiz selamat bergelar suami kepada Fara Roslan pada jam 9.22 malam Sabtu.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 30, selamat dinikahkan dengan Fara atau nama sebenarnya, Norfarahin Mohd Roslan, 31, dengan sekali lafaz di sebuah majlis indah yang diadakan di Impian Abadi, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ippo dan Fara itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah.
Pelantun lagu Kekal Bahagia itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, wang hantaran bernilai RM20,000 bersama tujuh dulang hantaran.
Sementara itu, pihak perempuan yang anggun mengenakan busana pernikahan rona biru cair pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis yang diadakan dengan penuh sederhana tapi meriah dalam iringan hujan renyai itu diserikan dengan kehadiran keluarga kedua belah pihak, teman rapat serta rakan selebriti seperti Sissy Iman, Sarah Suhairi, Shahrizal Jaszle, Rohana Jalil dan ramai lagi.
Sebelum ini, Ippo dan Fara yang mula berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video Saat Bahagia itu menjalinkan ikatan pertunangan pada 10 Mac lalu.
Kredit foto: Aqo Imran, Kaki Foto, Kaki Tembak
Topic Berkaitan
#ippo berkahwin
#ippo hafiz
#komposer
#penerbit
#penyanyi
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan