awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas tuntut tindakan terhadap pelanggaran Israel atas perjanjian gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
12/04/2026
01:46 MYT
Hamas tuntut tindakan terhadap pelanggaran Israel atas perjanjian gencatan senjata Gaza
Serangan berterusan itu mencerminkan “sikap Israel yang tidak mengendahkan sepenuhnya” usaha pihak pengantara dan negara-negara penjamin perjanjian berkenaan. - Foto fail/AP

Hamas pada Sabtu mengulangi tuntutannya agar pihak pengantara dan negara penjamin mengambil tindakan selepas pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Anadolu Ajansi melaporkan jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata Israel melakukan “pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat” di tengah Gaza awal Sabtu.

“Pendudukan Zionis hari ini melakukan pembunuhan beramai-ramai dahsyat dengan membunuh enam orang awam di kem Bureij, sebagai kesinambungan perang genosid yang tidak pernah berhenti walaupun pelbagai kenyataan mengelirukan mendakwa gencatan senjata masih berlangsung,” kata Qassem.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa enam rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan sekumpulan orang awam di kem berkenaan pada awal Sabtu.

Pada hari yang sama, seorang lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Beit Lahia, utara Gaza, menjadikan jumlah korban sejak awal pagi meningkat kepada tujuh orang, menurut sumber perubatan.

Qassem berkata pembunuhan itu mengukuhkan tuntutan puak penentang Palestin agar Israel dipaksa melaksanakan fasa pertama perjanjian gencatan senjata, termasuk menghentikan semua pelanggaran, sebelum sebarang langkah ke arah fasa kedua diambil.

Beliau berkata serangan berterusan itu mencerminkan “sikap Israel yang tidak mengendahkan sepenuhnya” usaha pihak pengantara dan negara-negara penjamin perjanjian berkenaan.

Qassem turut berkata Israel “mengabaikan semua seruan” supaya menghentikan genosid dan mematuhi kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata itu.

Terdahulu pada Sabtu, Kementerian Luar Palestin mengecam pembunuhan rakyat Palestin di Bureij dan menggesa masyarakat antarabangsa melindungi rakyat Palestin, mengenakan sekatan terhadap Israel serta mengaktifkan mekanisme akauntabiliti antarabangsa.

Kementerian itu menjelaskan pembunuhan di Bureij berlaku dalam kerangka pencerobohan, genosid dan pembersihan etnik yang berterusan dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.

Lebih 72,000 orang terbunuh manakala lebih 171,000 lagi cedera dalam perang genosid Israel di Gaza sejak Oktober 2023.

Serangan itu dihentikan di bawah perjanjian gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat dan dikuat kuasa pada Oktober tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 749 rakyat Palestin terbunuh manakala 2,082 lagi cedera sejak gencatan senjata itu berkuat kuasa.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#gencatan senjata
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan