awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditarik Taylor Swift naik ke pentas, Putera William sifatkan ia detik memalukan

Agensi
Agensi
07/12/2021
14:24 MYT
Ditarik Taylor Swift naik ke pentas, Putera William sifatkan ia detik memalukan
William berkata beliau gementar ketika berada di atas pentas sambil cuba mengingati lirik lagu tersebut. - Gambar/ IG @taylorswift/ Reuters
PUTERA William mendedahkan detik memalukan dan mengganggu emosinya dalam episod akhir siri Apple Fitness+ Time to Walk.
Siri itu menampilkan selebriti berkongsi cerita, lagu dan foto, dirakam semasa mereka keluar bersiar-siar dengan berjalan kaki, dan Duke of Cambridge itu memilih untuk bercakap tentang kepentingan kesihatan mental yang baik.
Dalam sesi berkenaan, William berjalan dan bersantai di kawasan Sandringham Estate, tempat Ratu Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja menyambut Krismas.
Imbas William, kejadian itu berlaku di acara Winter Whites Gala, yang bertujuan mengumpul dana bagi badan amal Centrepoint untuk golongan gelandangan muda, di Istana Kensington pada 2013.
Katanya, Jon Bon Jovi sedang membuat persembahan menyanyikan lagu Livin' on a Prayer dan memintanya naik ke pentas dan menyanyi bersama.
Tetapi permintaan itu tidak ditunaikan sehinggalah Taylor Swift, yang duduk di sebelah William, menariknya ke atas pentas.
"Dia meletakkan tangannya di lengan saya dan berkata, 'Ayuh, William. Mari kita naik ke pentas dan menyanyi'.
"Sehingga hari ini, saya masih tidak faham apa yang berlaku, secara jujurnya, sekarang pun saya malu dengan apa yang berlaku, dan saya tidak tahu mengapa saya mengalah dengan permintaannya," kata William.
Tambah William, beliau gementar ketika berada di atas pentas sambil cuba mengingati lirik lagu tersebut.
"Saya berasa seperti angsa, nampak sahaja tenang tetapi di dalam air, kakinya bergerak laju," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Putera William
#Taylor Swift
#kesihatan mental
#Duke of Cambridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan