awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh tak ambil berat tentang isteri, suami Coco Lee ambil tindakan undang-undang

Agensi
Agensi
15/08/2023
11:30 MYT
Dituduh tak ambil berat tentang isteri, suami Coco Lee ambil tindakan undang-undang
Rockowitz berdepan dengan kritikan berterusan sejak Coco Lee meninggal dunia pada 5 Julai lalu. - Gambar fail
AHLI perniagaan Kanada, Bruce Rockowitz menepis dakwaan bahawa dia tidak mengambil berat tentang mendiang isterinya, penyanyi Hong Kong-Amerika, Coco Lee.
Rockowitz berdepan dengan kritikan berterusan sejak diva pop itu meninggal dunia pada 5 Julai lalu.
Pasangan itu dilaporkan sudah berpisah sebelum Lee meninggal dunia.
Malah semasa pengebumian Lee, Rockowitz dilempar dengan kata-kata hinaan oleh peminatnya di luar krematorium.
Baru-baru ini, satu klip audio yang dikatakan suara Lee, mengadu tentang Rockowitz tidak mahu menukar sistem karaoke rumah, tular di media sosial.
“Ketika Coco dan saya bercuti di Maldives pada musim panas lalu, dia memberitahu saya yang dia mungkin menghidap kanser.
"Saya segera mengaturkan agar dia kembali ke Hong Kong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," kata Rockowitz dalam kenyataan pada Selasa.
Lee kemudian terbang ke China sehari selepas menjalani pemeriksaan untuk merakam rancangan realiti nyanyian Sing! China, manakala dia berlepas ke Eropah untuk melawat keluarganya.
"Saya menerima berita bahawa Coco disahkan menghidap kanser payudara semasa dia dikuarantin di China. Dia memutuskan untuk kembali ke Hong Kong bagi mendapatkan rawatan perubatan selepas menamatkan rakaman program tersebut," kata Rockowitz lagi.
Lee merupakan salah seorang jurulatih (coach) dalam program tersebut.
Dalam kenyataan yang sama, Rockowitz memberi amaran agar semua pihak menghentikan dakwaan palsu terhadapnya, dan telah mengupah firma guaman untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang masih berdegil.
Topic Berkaitan
#coco lee
#penyanyi
#Bruce Rockowitz
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan