awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Doakan yang baik-baik' - Najwa Latif akhirnya jawab dakwaan sudah hamil

Gempak
Gempak
11/07/2023
05:33 MYT
'Doakan yang baik-baik' - Najwa Latif akhirnya jawab dakwaan sudah hamil
Najwa yang ketika itu bersama suaminya, penyanyi Akwa Arifin membalas semua ucapan peminat itu dengan menafikan dirinya sedang hamil. -Gempak
PENYANYI Najwa Latif akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Najwa menerusi Instastory berkongsi komen daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah atas kehamilannya dan berharap ibu serta bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.
“Tahniah kak Wawa for your pregnancy. Saya harap baby dan awak sihat selalu,” tulis peminatnya.
Bagaimanapun, Najwa yang ketika itu bersama suaminya, penyanyi Akwa Arifin membalas semua ucapan peminat itu dengan menafikan dirinya sedang hamil.
Malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu mengharapkan semua orang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
“Amin, walaupun tak pregnancy lagi tapi amin. Saya belum pregnant (hamil). Bukan pregnancy, salah itu… ‘tahniah kak Wawa for your perut buncit.
“Belum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok,” kongsi Najwa.
Terdahulu, spekulasi mengenai Najwa sudah hamil mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan nampak baby bump.
Untuk info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa pada dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu. -Gempak
Topic Berkaitan
#Najwa Latif
#hamil cahaya mata pertama
#khabar angin
#baby bump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan