awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elfira patut minta maaf dengan ibu bapa Sufian - Pengurus SS

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2018
00:33 MYT
Elfira patut minta maaf dengan ibu bapa Sufian - Pengurus SS
Pengurus Sufian Suhaimi iaitu Mahadhir Mohamad meminta Elfira Loy agar memohon maaf terhadap ibu bapa Sufian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu bapanya.
PENGURUS Sufian Suhaimi iaitu Mahadhir Mohamad meminta Elfira Loy agar memohon maaf terhadap ibu bapa Sufian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu bapanya.
“Sepatutnya El (Elfira) memohon maaf kepada kedua ibu bapa SS (Sufian) yang tidak memberi reaksi sepatah pun, bukan mengiyakan apa saja yang dikatakan kedua ibu bapanya.
“Tunjukkan sifat Muslimah yang sebenar, for your future sake,” tulisnya di laman Facebooknya (FB).
Sebelum ini, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff pernah memuat naik beberapa status di laman sosial yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.
Bukan itu sahaja, bapa Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin juga pernah menggesa agar Sufian berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut demi menjaga hati semua pihak.
Tambahan pula, katanya, Sufian juga sudah melakukan perkara yang sama kepada pihak berkenaan.
“Lagipun dalam kenyataannya sebelum ini, SS sudah memohon maaf dan minta dihalalkan segala makan dan minum,” tulisnya lagi.
Kata Mahadhir lagi, Sufian sudah beberapa kali menolak mengenai soalan putus tunang, namun pihak media tetap meminta pendapatnya.
“Tiada yang cacat dalam jawapan balasnya, dan tiada isu berbangkit untuk menyalahkan mana-mana pihak. Malah dalam jawapannya kepada soalan media, dia sudah bersedia untuk 'move on'.
“Tapi, mengapa ada lagi catatan negatif di pihak sana seolah masih tak berpuas hati? Bapa Elfira patut bertanya kepada bekas isterinya mengapa masih ada catatan negatif di media sosial sebaliknya beliau memilih untuk berasa sensitif dengan jawapan-jawapan positif SS?
Justeru, Mahadhir menyarankan agar kedua ibu-bapa Elfira melakukan solat sunat Istikharah berbanding terus mengaibkan artis jagaannya itu di laman sosial.
“Jiwanya tidak tenteram. Sepatutnya dia (solat) sunat Istikharah bukan mengaibkan pihak yang dia begitu kecewa.
“Peristiwa sudah berlalu dan keputusan pun dibuatnya sendiri. Takut memakan diri. Kalau tak boleh move on juga, adalah something wrong kedua duda dan janda ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mahadhir turut menceritakan kembali yang membawa kepada terjalinnya ikatan pertunangan di antara dua selebriti terbabit.
“Sejak mula apabila dihujani panggilan telefon tak henti-henti dan mengekori SS tanpa ditemani teman dan keluarga sendiri.
“Keputusan melangsungkan pertunangan adalah tepat bagi menghindari fitnah. Cuma jodoh mereka tidak ada. Sekian,” kongsinya lagi.
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober lalu dan dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 23 Mac ini.
Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.
Susulan itu, dua bintang popular ini terus menjadi perhatian dan perbualan hangat peminat.
Topic Berkaitan
#Elfira Loy
#Filzah Yusoff
#Mahadhir Mohamad
#media sosial
#Sufian Suhaimi
#sunat Istikharah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan