awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhli Masoot selamat melangsungkan perkahwinan, nafi berahsia dengan peminat

Gempak
Gempak
05/03/2024
08:49 MYT
Fadhli Masoot selamat melangsungkan perkahwinan, nafi berahsia dengan peminat
Fadhli selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Suraya, pada 2 Mac lalu. -Gempak
DALAM diam, rupa-rupanya pelakon Syurga Itu Bukan Mudah dan Projek High Council, Fadhli Masoot sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya iaitu Suraya pada 2 Mac lalu.
Sudah lebih setahun mengenali isteri, Fadhli turut memberitahu majlis resepsi mereka juga telah berlangsung di A Park, Puchong pada Ahad lalu.
“Alhamdulillah, saya dah isteri selamat bernikah pada 2 Mac lalu di Masjid Al-Falah USJ 9. Manakala majlis resepsi telah diadakan pada 3 Mac di A Park, Puchong.
“Sebenarnya saya dah kenal Suraya sejak lebih setahun yang lalu,” kata Fadhli kepada Gempak.
Dalam pada itu, Fadhli turut mendedahkan beberapa orang peminatnya sudah dimaklumkan mengenai berita gembira tersebut ketika meet and greet yang diadakan pada hari pernikahannya.
“Sebenarnya sebaik saja selesai acara akad nikah, saya minta izin kepada keluarga saya dan keluarga isteri untuk bertemu dengan peminat saya… saya adakan meet & greet selepas nikah.
“Tapi peminat saya tak tahu tujuan utama saya adakan meet & greet. Bila berjumpa dengan mereka, barulah saya kongsikan berita gembira itu.
"Alhamdulillah, saya kenalkan isteri saya kepada mereka. Nampak la peminat terima dengan hati terbuka. Malah mereka juga senang berborak dengan isteri saya.
"Memang saya rancang untuk kongsi berita gembira ini dengan peminat yang sentiasa sokong saya,” ujarnya.
Sementara itu, Fadhli turut menegaskan dia tidak akan memperlahankan atau berhenti dari dunia lakonan biarpun sudah bergelar seorang suami.
“Insya-Allah walaupun saya sudah berumah tangga, tapi saya nak ia juga berjalan seiring dengan kerjaya seni.
"Tiada istilah saya akan perlahankan kerjaya atau berhenti dari dunia lakonan,” katanya lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Fadhli Masoot
#Suraya
#selamat bernikah
#Projek High Council
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan