awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
100 ribu penduduk Gaza dapat ‘talian hayat’ jika misi berjaya - MB Selangor
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena peniruan bunuh diri dan implikasinya

The Washington Post
The Washington Post
14/08/2014
07:51 MYT
Fenomena peniruan bunuh diri dan implikasinya
Robin Williams
Pada Isnin malam, ketika para peminat bersedih mengenang pemergian Robin Williams akibat membunuh diri, Academy of Motion Picture Arts and Sciences (atau lebih dikenali sebagai mereka di belakang anugerah Oscar) menghantar apa yang mungkin menjadi imej ikon sosial media berhubung kematiannya.
Lebih 270,000 orang telah berkongsi tweet itu, bermakna sebanyak 69 juta orang telah melihatnya, menurut laman analisis Topsy.
Masalahnya? Ia menyalahi standard kesihatan awam tentang bagaimana kita bersuara tentang bunuh diri.
“Jika ini tidak dianggap melampau, ia begitu hampir menjurus ke arah itu,” kata Christine Moutier, ketua pegawai perubatan di Yayasan Pencegahan Bunuh Diri Amerika.
"Bunuh diri tidak sepatutnya digambarkan sebagai pilihan. Ia berpotensi untuk berjangkit."
Genie, you're free. pic.twitter.com/WjA9QuuldD
— The Academy (@TheAcademy) August 12, 2014
Moutier merujuk kepada fenomena yang dikenali sebagai "peniruan bunuh diri," di mana publisiti terhadap satu kematian menggalakkan orang lain untuk membunuh diri dengan cara sama.
Remaja ialah golongan yang mudah terjejas terhadap fenomena ini di mana gambaran kematian personaliti terkemuka akibat bunuh diri sering diagung-agungkan.
"Potensi untuk laporan, gambar, video dan cerita di internet untuk tersebar luas atau `viral’ membuatkan liputan di internet tentang insiden bunuh diri perlu mematuhi tahap keselamatan industri yang dicadangkan," menurut sebuah panduan media.
Tetapi sejak tweet @TheAcademy menjadi viral, para profesional seperti Moutier bimbang ia tidak mematuhi saranan keselamatan yang telah ditetapkan.
Gambaran langit berbintang di dalam filem Aladdin keluaran Disney, dan implikasi bertulis bahawa bunuh diri ialah satu pembebasan, menampakkan bunuh diri sebagai sesuatu yang patut dibanggkan, kata Moutier.
Kini memandangkan media suatu aktiviti sosial, dan sesiapa saja boleh menjadi viral, adalah lebih sukar untuk mendidik mereka dalam isu ini.
Apa pun, Moutier ada nasihat untuk organisasi dan individu yang bercakap tentang kematian Williams di internet: Pastikan anda tahu bahawa bunuh diri ada isu tersembunyi di sebaliknya — dan isu itu boleh diselesaikan.
Fokus, tambah beliau, seharusnya kepada kehidupan yang hebat. Tidak sewajarnya kita meraikan atau mengagungkan bagaimana dia mati.
Topic Berkaitan
#peniruan bunuh diri
#robin williams
#Yayasan Pencegahan Bunuh Diri Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan