awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Argo tidak diterima baik di Iran

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2013
09:08 MYT
Filem Argo tidak diterima baik di Iran
Walaupun “Argo” menerima banyak penghargaan dan dipuji pengkritik di Amerika Syarikat, filem itu bagaimanapun gagal memberi persepsi yang baik di Iran.
Filem arahan Ben Affleck itu bedasarkan kisah benar krisis tahanan diplomat Amerika di Tehran pada 1979.
Kebanyakan filem Hollywood tidak ditayangkan di negara itu, tetapi peminat masih boleh menyaksikannya menerusi cakera cetak rompak.
Menurut seorang peminat filem di Farsi, Amir Saman, filem ini memberikan persepsi yang buruk terhadap seluruh masyarakat Iran.
“Sekiranya mana-mana masyarakat menonton filem ini, pastinya mereka akan merasakan bahawa rakyat kami adalah golongan yang teruk yang suka memukul dan membunuh orang di jalanan, bagi saya ianya terlalu keterlaluan,” kata Amir.
Menurut ketua pelajar sewaktu kejadian rusuhan di kedutaan Amerika Syarikat di Iran, Dr Masoomeh Ebtekar, pengarahnya tidak mendedahkan fakta secara keseluruhan.
“Pada hari kejadian, ia berlangsung secara aman dimana adegan yang dipaparkan menerusi filem itu adalah tidak benar dan reka semata-mata bagi menarik hati penonton di negara itu, setidaknya gunalah fakta yang betul kerana ianya memberi persepsi yang buruk terhadap kami,” kata Ebtekar.
Bagaimanapun, Amerika tidak lagi mempunyai pejabat kedutaan di Iran dan bangunannya di Tehran sudah tidak lagi digunakan sejak tragedi itu.
“Argo” menang filem drama terbaik di Golden Globe serta menjadi antara salah satu calon filem terbaik Oscar.
Topic Berkaitan
#Argo
#Ben Affleck
#Golden Globe
#Oscar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan