awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Generasi baru mula kenali Saloma, Azhan curi tumpuan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
29/08/2014
00:39 MYT
Generasi baru mula kenali Saloma, Azhan curi tumpuan
Kisah cinta dan liku hidup lagenda negara ini, kini sedang ditayangkan dalam dua bahagian di saluran Astro First Eksklusif.
Apabila berita mengenai telefilem biografi Saloma bakal ditayangkan di kaca televisyen, ramai yang ternanti-nanti untuk menonton riwayat hidup Biduanita Negara itu.
Ditambah pula dengan teaser yang dimuatnaik oleh watak utamanya, Nabila Huda di laman sosial, kisah mengenai telefilem ini menjadi bualan ramai.
Bermula 28 Ogos, telefilem khas biopik Biduanita Negara, Saloma arahan Melissa Saila telah ditayangkan khas di Astro First dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pujian serta komen mengenai telefilem ini dillihat menjadi antara topik utama di ruang media sosial.
@twt_filem salam, congrats on saloma! Enjoyed it. Beautiful. :)
— redza minhat (@rdzaminhat) August 28, 2014
Now watching #salomabiopic. Abil! Your acting are superb! I love it, I love you being Saloma.… http://t.co/S3KGYhdPMj
— SuzzyHassan (@SuzzyHassan) August 28, 2014
Done watching #Saloma on Astro First. Good job @MelissaSaila! Lets subscribe guys! Cc:@twt_filem
— Mr. Fantastic (@WanMohdNazri) August 28, 2014
Watching the Saloma biopic on Astro First. Gigih betul beli kat ofis TV hehehe
— Lynn Zulkarim (@LynnZulkarim) August 28, 2014
Tniyah kpd nabilahuda sebab bwk watak saloma dengan terbaik sekali memang terbaik. Semua pakat tengok. pic.twitter.com/q47n2IMW2P
— umi kalsom (@umikals01000821) August 28, 2014
Selesai menonton #Saloma. Antara tele paling hebat dan layak utk difilemkan. Epik dan hebat. Menangis menyaksi duka lara hidup Saloma.
— Marr Mohamad (@MarrMohamad12) August 28, 2014
Saling tak tumpah muka & cara cakap @azhanrani & AR Tompel dalam Saloma. #SalomaBiopic #astro
— Reen (@neyreen) August 27, 2014
Azhan Rani played the role as AR Tompel very well
— Zahieda Zakaria (@zackxxzz) August 28, 2014
Azhar Rani sebijik AR Tompel. Sedih scn Mali peluk Saloma dr belakang :( #salomabiopic
— Mas Idayu95 (@Ayuyuyuyuuu) August 28, 2014
Agreed! RT @ImranAjmain: Nabila Huda is too good, too damn good. #salomabiopic
— Lynn Zulkarim (@LynnZulkarim) August 28, 2014
Baru tahu Saloma got her name from the 1953 movie "Salome", name given by the Shaw brothers. Tot it's just a derivation of her name #Saloma
— Lynn Zulkarim (@LynnZulkarim) August 28, 2014
Melissa yang juga anak saudara kepada Saloma berasa terharu dan bersyukur dengan sokongan yang diberikan malah turut mengakui bahawa ini adalah impian ibunya selama ini untuk membawa penonton mengenali Saloma.
“Dua tahun lepas sebenarnya cadangan membuat cerita mengenai Saloma ini telah dibawa ke Astro hasil idea ibu saya sendiri, Mariani. Alhamdulillah, ia akhinya menjadi kenyataan” cerita Melissa ketika kunjungannya ke Astro AWANI.
Kata Melissa yang juga seorang pelakon, bukan mudah untuk menceritakan kisah lagenda negara ini lebih-lebih lagi apabila kebanyakan lagu-lagu Saloma pada awal penglibatannya sebagai penyanyi tidak direkodkan.
“Memandangkan banyak lagu-lagu Saloma semasa mula-mula menjadi penyanyi tidak direkodkan, jadi ia telah dinyanyikan semula oleh penyanyi, Liza Hanim” jelas Melissa.
KLIK UNTUK FOTO DI SEBALIK TABIR SALOMA
TRAILER : Telefilem dua bahagian 'Saloma'
Cerita Melissa lagi, Liza diarahkan menyanyikan semula lagu tersebut mengikut usia dan situasi Saloma di dalam telefilem berkenaan.
Selain lagu-lagu Saloma yang menyentuh perasaan, watak Azhan Rani sebagai AR Tompel juga antara yang paling mendapat perhatian ramai.
“Ya, Azhan sangat komited memegang watak Allahyarham Tompel. Saya memilih Azhan kerana terlihatkan sekeping gambar Saloma bersama Tompel.
Jadi saya buat keputusan, saya mahukan seorang pelakon yang nampak lebih berusia untuk digandingkan dengan watak utama, Nabila Huda agar jurang umur itu akan nampak ketara sama seperti Saloma dan Tompel” kata Melissa.
Sementara itu, pemegang watak utama kisah biopik Saloma, Nabila berkata kisah-kisah lagenda seperti ini perlu banyak diketengahkan.
“Saya sendiri tidak mengenali siapa itu Saloma sebelum ini.
Saya dapat rasakan yang industri seni kita perlukan banyak true story begini untuk kita beritahu dunia, ‘siapa lagenda Malaysia’ ” tegas Nabila.
Kata Nabila, dia sangat bertuah terpilih untuk menjadi Saloma, seorang lagenda yang tabah dan berbakat besar.
“Selain melihat Saloma sebagai anak seni yang bercita-cita tinggi, saya sangat mengagumi kecantikannya serta sebagai seorang fashion icon dan trend setter pada ketika itu” tambah Nabila lagi.
Menurut Nabila, dia sangat berterima kasih kepada Melissa serta warga produksi kerana banyak membantunya menjiwai watak sebagai Saloma.
“Saya banyak bergantung kepada cerita mak Mariani (ibu Melissa) dan Kak Lis (Melissa) dalam membayangkan Saloma.
Tarian, lenggok berjalan serta cara percakapan Saloma semuanya hasil dari tunjuk ajar mereka” jelas Nabila yang mengakui hanya mengambil masa sebulan membuat persediaan menjadi Saloma.
Telefilem yang menjalani pengambaran selama 33 hari sekitar Pulau Pinang ini turut membariskan pelakon- pelakon hebat seperti Tony Eusof, Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Julia Ziegler, Sharifah Amani dan ramai lagi.
Kisah cinta dan liku hidup lagenda negara ini, kini sedang ditayangkan dalam dua bahagian di saluran Astro First Eksklusif. IKUTI TEMUBUAL BERSAMA MELISSA SAILA DAN NABILA HUDA DI AGENDA AWANI
Topic Berkaitan
#Azhan Rani
#Melissa Saila
#Nabila Huda
#saloma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan