awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden ditampar 6 tahun lalu, David Teo maafkan Mat Over

Gempak
Gempak
15/04/2023
04:43 MYT
Insiden ditampar 6 tahun lalu, David Teo maafkan Mat Over
Momen itu dikongsi sendiri oleh Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya. - Gempak
BUAT pertama kalinya selepas insiden ditampar kira-kira enam tahun lalu, pelakon Mat Over memohon maaf kepada penerbit, David Teo.
Momen itu dikongsi sendiri oleh Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Mat Over, sebagai manusia dia juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Aku juga manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan. Jangan merasa malu mengakui kesilapan yang pernah kita lakukan.
“Itulah tugas setiap insan. Hari baik bulan baik ini marilah kita bermaaf-maafan,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mat Over (Official Account) (@matover_mo)
Dalam pada itu, David menerusi akaun Instagram juga memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan pelawak tersebut.
“Kejadian sudah lama berlaku dan juga dimaafkan. Perjuangan harus diteruskan. You tetap kawan I ma,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by David Teo (@davidteo99)
Terdahulu, insiden bermula apabila David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.
David turut mendakwa Rosyam tidak adil kepada peserta yang hadir kerana sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja.
Mat Over kemudiannya secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar, sambil menampar muka penerbit itu.
Kejadian Mat Over menampar David berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 di hadapan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya pada Mei 2017. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Mat Over
#mohon maaf
#David Teo
#ditampar
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan