awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu layanan jururawat, Linda Rafar dituntut buat permohonan maaf

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/01/2019
14:30 MYT
Isu layanan jururawat, Linda Rafar dituntut buat permohonan maaf
Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan yang didakwanya biadap. - Instagram Linda Rafar
Sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON), memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite, Linda Rafar, agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.
Notis itu dihantar melalui dua kaedah iaitu pemberian tangan dan secara hantaran 'avis de réception' (pos berdaftar).
Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa 7 hari.
Prosiding mahkamah akan dimulakan jika Linda gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.
BACA: Isu layanan jururawat, KKM ambil serius aduan Linda Rafar
BACA: "Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki jururawat" - Wanita tampil jawab Linda Rafar
DON juga memaklumkan dana yang dikumpul mereka sudah mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan.
Bagaimanapun, tabung dana perundangan DON masih lagi dibuka untuk mereka yang masih mahu memberi sumbangan.
"Tindakan perundangan ini tidak sama sekali menganggu siasatan dalaman pihak hospital. Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri," entri itu menyebut.
Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya.
Topic Berkaitan
#Delegation of Nurses
#Hospital
#Instagram
#jururawat
#Linda Rafar
#mahkamah
#pesakit
#shah alam
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan