awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
Iran akan sita aset 100 individu yang dituduh “menyokong musuh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Izzue Islam selamat nikahi pengurus peribadi

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2013
04:00 MYT
Izzue Islam selamat nikahi pengurus peribadi
Pelakon Izzue Islam, 23 tahun hari ini selamat melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya Awin Nurin, 27 tahun.
Majlis pernikahan berlangsung pagi tadi di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam mereka selamat diijabkabul sekitar 9.30 pagi.
Izzue yang juga seorang penyanyi hanya melafazkan akad nikah sekali sahaja untuk bergelar suami kepada Awin.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Awin dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar beserta wang hantaran berjumlah RM11,111.11. Pihak lelaki juga memberikan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihak perempuan.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan sejak Jun tahun lalu. Antara filem yang dilakonkan Izzue adalah 29 Februari dan Chikaro.
Topic Berkaitan
#Awin Nurin
#Izzue Islam
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan