awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Janji Zehan' dedah bulan madu Fazura dengan lelaki Iran

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
12/02/2018
14:41 MYT
'Janji Zehan' dedah bulan madu Fazura dengan lelaki Iran
Filem ini melakukan keseluruhan pengambaran di 43 lokasi sekitar Iran antaranya Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.
Filem televisyen terbaru Astro First Eksklusif - Janji Zehan buat julung kalinya menggandingkan lakonan Nur Fazura dan pelakon berbakat besar dari Iran, Amir Rezazadeh.
Filem yang judul asalnya 'Lahzeye Bi Payan' (dalam detik masa tidak berpenghujung) ini juga mengangkat keindahan panorama negara timur tengah itu dengan keunikan budaya masyarakatnya yang jarang diterokai filem tempatan.
Diarahkan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandes, filem ini melakukan keseluruhan pengambaran di 43 lokasi sekitar Iran antaranya Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.
Menurut Bernard, Iran dipilih kerana beliau cuba lari dari stereotaip filem romantis yang kebanyakannya berlatar belakangkan negara Eropah.
“Bila bercakap mengenai bulan madu, ramai akan terfikirkan Paris, Itali dan sebagainya. Tapi itu yang kita cuba lakukan, lari dari kebiasaan. Iran adalah negara yang sangat cantik, romantik dan puitis – itu antara kelainan filem ini,” katanya.
Manakala bagi Zabrina, sebagai pengarah, beliau berkata selain kecantikan negara iran yang banyak ditonjolkan, lakonan matang Fazura juga antara sebab filem ini harus ditonton semua.
Bagi pelakon utamanya, Fazura, pengalaman berlakon di Iran sememangnya jauh meleset dari sangkaannya sebelum tiba di negara itu.
“Satu pengalaman yang baik untuk saya, walaupun ramai yang risau dengan keselamatan saya ketika di sana. Apa yang pasti apa yang kita dengar tentang Iran kebanyakannya tidak benar. Ia sebuah negara yang selamat, masyarakatnya yang baik dan pemandangan yang sangat cantik,” katanya.
Filem ini mengisahkan percintaan dua individu yang baru berkahwin dan penyesuaian latar belakang dan budaya Zehan (Fazura) serta Arman (Amir Rezazadeh).
Bakal menemui penonton mulai 14 Februari di saluran 480 Astro First Eksklusif dan platform digital On Demand.
Filem ini juga mendapat tajaan AirAsia dan kerjasama Kementerian Pelancongan Negara Iran serta Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Amir Rezazadeh
#Iran
#Janji Zehan
#Nur Fazura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan