awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jibam cipta keajaiban, ada panggung kembali tayang filem itu

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2017
14:27 MYT
Jibam cipta keajaiban, ada panggung kembali tayang filem itu
Filem Jibam diadaptasi daripada novel popular 90-an hasil tulisan kartunis Ujang.
Filem Jibam mencipta keajaiban tersendiri, minggu pertama filem tersebut hampir ditamatkan tayangannya kerana dikatakan gagal memenuhi jumlah kutipan yang sepatutnya.
Namun, dengan sokongan yang diberikan oleh penonton termasuk dari kalangan artis dan selebriti, filem itu kini semakin mendapat sokongan dan terdapat panggung wayang yang kembali menayang Jibam.
Menurut penulis novel Jibam, Ibrahim Anom atau lebih dikenali dengan nama Ujang, selepas seminggu tayangan hanya 16 buah panggung di seluruh negara yang menayangkan filem tersebut.
Namun dengan sokongan dan permintaan dari orang ramai, jumlah panggung yang menayangkan filem Jibam kembali bertambah dari 16 ke 19 buah panggung.
"Alhamdulillah, sudah confirm. Ini benar-benar ajaib. Baru terima berita petang ini TGV KLCC pulak bukak semula tayangan untuk JIBAM atas permintaan ramai.
"Ini menjadikan jumlah bertambah dari 16 kepada 19 pawagam .
"Terima kasih....terima kasih....terima kasih Malaysian," tulis Ujang di laman Facebook.
Sebelum ini beberapa artis dan selebriti antaranya Ayda Jebat memberikan sokongan terhadap filem Jibam dan menyeru peminat filem tempatan supaya menonton filem tersebut.
Filem Jibam diadaptasi daripada novel popular 90-an hasil tulisan kartunis Ujang.
Selain Buntat, pelakon popular lain yang turut membintangi filem arahan Che Mie ini ialah Syafie Naswip, Farah Ahmad, Esma Danial, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, Kazar Saisi dan Kamarool Yusoff.
Topic Berkaitan
#Buntat
#filem
#Jibam
#kartunis
#Malaysia
#novel
#Ujang
#wayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan