awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual tiket Coldplay RM43,000 boleh kena tindakan - KPDN

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2023
07:09 MYT
Jual tiket Coldplay RM43,000 boleh kena tindakan - KPDN
Salahuddin berkata, tindakan boleh diambil bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penjualan semula tiket konsert Coldplay dengan harga tidak munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tindakan boleh diambil bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
Bagaimanapun menurutnya, setakat ini KPDN belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung tindakan 'ulat tiket' itu.
"Harga RM43,000 itu tidak munasabah. Saya rasa rakyat ini bijak.
"Jadi jangan beli daripada ulat...beli daripada ejen yang dah disahkan.
"Jika ada aduan rasmi, kita boleh nasihatkan pengguna dan kita juga ada Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) boleh gunakan (untuk ambil tindakan kepada penjual)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) di sini pada Khamis.
Tular di media sosial mengenai kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay namun ia dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’.
Selain itu, wujud tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu dengan harga mencecah RM43,200 hingga mengundang kecaman orang ramai.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarah untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#konsert Coldplay
#harga tidak munasabah
#kpdn
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan