awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan peserta beserta markah Konsert Akhir Big Stage

Gempak
Gempak
23/09/2018
21:00 MYT
Kedudukan peserta beserta markah Konsert Akhir Big Stage
Menewaskan empat peserta lain, Sarah Suhairi diumumkan sebagai juara rancangan realiti baharu Big Stage musim pertama.
KONSERT akhir program realiti Big Stage telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Dengan itu, berakhirlah perjuangan lima orang finalis yang berjaya bertahan sepanjang lapan minggu program ini diadakan.
Mas Idayu dan Mark Adam diundang sekali lagi sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
BACA: Sarah Suhairi juara Big Stage musim pertama
Berikut merupakan kedudukan peserta berdasarkan pemarkahan keseluruhan berdasarkan markah dari pihak juri dan undian di aplikasi TikTok.
Di pentas akhir, pemarkahan dikira berdasarkan 70% dari pihak juri dan 30% adalah hasil undian di aplikasi TikTok.
Juara - Sarah Suhairi Secara keseluruhan, Sarah telah mendapat 66.05% dimana 59.24% diberi oleh para juri dan 6.81% dari undian di aplikasi TikTok.
Naib Juara - Syafiq Farhain Markah keseluruhan yang diterima Syafiq adalah 64.37%, 57.27% diperoleh dari pihak juri dan 7.10% dari undian di aplikasi TikTok.
Ketiga - Afieq Shazwan Afieq telah menerima markah keseluruhan sebanyak 62.17% hasil gabungan pemarkahan pihak juri sebanyak 56.31% dan 5.86% dari undian di aplikasi TikTok.
Keempat - Wani Kayrie Secara keseluruhan, Wani telah mendapat markah sebanyak 62.15%, 57.44% diperoleh dari pemarkahan pihak juri dan 4.71% dari undian di aplikasi TikTok.
Kelima - Baby Shima Shima telah menerima markah keseluruhan sebanyak 58.56% dimana 53.03% diperoleh dari pihak juri dan 5.53% hasil undian di aplikasi TikTok.
Semua finalis telah mempersembahkan dua buah lagu yang terdiri dari lagu 'cover' dan lagu baharu milik mereka sendiri.
Juara pertandingan ini telah membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Pemenang tempat kedua dan ketiga pula telah memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.
Manakala pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing telah membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi. Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menerajui inovasi dalam teknologi penciptaan telefon pintar.
Vivo Nex menampilkan 'Ultra Fullview Display" dimana skrin direka secara penuh tanpa sebarang butang untuk ditekan, ia membuatkan telefon pintar ini kelihatan unik dan sejajar dengan teknologi semasa.
Reka bentuk ini membuatkan Vivo Nex lebih selesa digunakan dan sudah tentu lebih unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
Topic Berkaitan
#Afieq Shazwan
#Astro
#Baby Shima
#Big Stage
#Faizal Tahir
#konsert
#Mark Adam
#Mas Idayu
#Sarah Suhairi
#Siti Nurhaliza
#Syafiq Farhain
#Wani Kayrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan