awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Negaraku: Astro tayangkan 60 program bertemakan Hari Kebangsaan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
01/08/2016
13:04 MYT
Kempen Negaraku: Astro tayangkan 60 program bertemakan Hari Kebangsaan
Kempen itu antara lain memaparkan rancangan yang bertemakan kepelbagaian etnik dan sejarah negara, bertujuan mengangkat budaya dan bangsa Malaysia. - Foto Astro AWANI
Sempena Hari Kebangsaan 2016, Astro bakal menampilkan lebih 60 rancangan baharu menerusi kempen "Negaraku" yang akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September ini.
Ia antara lain memaparkan rancangan yang bertemakan kepelbagaian etnik dan sejarah negara, bertujuan mengangkat budaya dan bangsa Malaysia.
Menurut Ketua Pemasaran Kandungan Melayu, Astro, Jastina Arshad, antaranya adalah empat program utama yang diterbitkan khas termasuk Harimau Malaya 1980, Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan, Kami Anak Malaysia, dan Road To Nationhood: Journey To Independence.
"Kami mahu mengangkat cerita tempatan yang berdasarkan fakta sebenar khususnya peristiwa bersejarah yang dirasakan penting untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia.
"Ini termasuk program 'Harimau Malaya 1980' yang menceritakan tentang pemain bola sepak pada sekitar tahun 1980 yang layak ke Sukan Olimpik di Moscow. Jadi penting untuk kita semua menyelami sendiri bagaimana mereka mengejar impian mereka," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada sidang media khas sempena Kempen Negaraku Astro di sini, hari ini.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan, RAKU akan mempersembahkan barisan artis indie dalam siri jelajah selama enam minggu bermula 20 Ogos ini dalam siri, NegaRAKU.
"Daripada kempen NegaRAKU ini, kita ada kugiran-kugiran tempatan seperti Monologue, Plague of Happiness, Artefacts dan ramai lagi.
"Kita akan membawa band-band ini dalam siri jelajah ke 6 tempat termasuk Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor Bahru dan siri jelajah ini akan memupuk semangat partiotisme dalam kalangan peminat-peminat mereka," demikian menurut Rithan Vijay, Ketua Bahagian Acara dan Penajaan, RAKU.
Serentak dengan kempen Negaraku, satu kempen derma darah iaitu "KitaSama" juga akan diadakan di tujuh lokasi seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#Astro
#Hari Kebangsaan 2016
#Negaraku
#siri jelajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan