awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan FINAS ziarah pelakon Soffi Jikan

Bernama
Bernama
02/09/2025
15:45 MYT
Kepimpinan FINAS ziarah pelakon Soffi Jikan
Soffi Jikan sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada awal Ogos lepas sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah berikutan masalah kesihatannya yang semakin serius. - Gambar Instagram @hansisaac
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini menziarahi pelakon Mohamad Shoffi Jikan atau dikenali Soffi Jikan yang kini dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat jangkitan demam denggi dan kencing tikus (leptospirosis).
Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac dalam kenyataan memaklumkan kunjungan itu di bawah inisiatif Ziarah Seni MADANI dan sebagai tanda solidariti serta keprihatinan terhadap pelakon berusia 54 tahun itu yang telah banyak berjasa kepada industri perfileman tanah air.
"FINAS sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni. Soffi Jikan ialah pelakon serba boleh yang telah memberi sumbangan melalui karya beliau dalam filem dan drama tempatan. Kami mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali berkarya untuk industri," katanya.
Dalam kunjungan itu, FINAS turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada pelakon filem KL Gangster berkenaan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, ahli jawatankuasa hal ehwal FINAS serta pegawai perbadanan itu.
Program Ziarah MADANI FINAS bertujuan meringankan beban penggiat seni yang memerlukan bantuan, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesihatan.
Soffi Jikan sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada awal Ogos lepas sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah berikutan masalah kesihatannya yang semakin serius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#demama denggi
#kencing tikus
#Bakul Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan