awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2024
04:37 MYT
Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris
Pasangan pengantin baharu, Kid dan Hariani tersenyum manis selepas sah disatukan sebagai suami isteri.
CYBERJAYA: Selepas lebih dua tahun kehilangan isteri, pemain gitar ternama tanah air, Kid Search ditakdir kembali bertemu jodoh.
Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Md Taib diijab kabul dengan pilihan hatinya, Hariani Kamaruddin.
Pasangan berkenaan disatukan dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Astro AWANI difahamkan, Kid, 57, turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Hariani, 53, yang juga seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan berkenaan.
Pada 29 November 2021, Kid kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof akibat kanser darah myeloma tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Kid Search
#Kid Search kahwin
#isteri Kid Search meninggal dunia
#Hariani Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan