awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Maliq & D'Essentials ditunda

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2024
15:56 MYT
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan. - Gambar Gempak
KUALA LUMPUR: Kumpulan popular Indonesia, Maliq & D'Essentials memaklumkan, konsert mereka yang sepatutnya berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 29 Disember ini, terpaksa ditunda kepada satu tarikh lain.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menyatakan, keputusan tersebut tidak mudah namun berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
"Dengan penuh rendah hati, hormat dan empati, kami ingin memaklumkan bahawa persembahan yang akan datang di kota anda perlu dijadualkan semula. Tarikh baharu akan diumumkan sebaik sahaja ia disahkan.
"Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah. Walaupun usaha tanpa henti daripada pasukan kami, penganjur dan semua yang terbabit, terdapat keadaan tidak dapat dijangka yang memaksa kami untuk mengubah rancangan.
"Kami boleh meluangkan masa untuk mencari alasan atau menyalahkan sesiapa, tetapi itu bukanlah prinsip kami. Apa yang penting sekarang ialah memastikan supaya kami dapat berikan yang terbaik untuk anda," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, penganjur konsert, Kharisma International menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa konsert ini ditunda atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
"Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul, terutamanya anda yang telah membeli tiket," kata mereka.
Topic Berkaitan
#Maliq & D'Essentials
#konsert
#membeli tiket
#tarikh baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan