awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2024
06:36 MYT
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api yang diletakkan di atas perancah di belakang skrin latar pentas. Gambar kanan: Anggota bomba memadam api.
KUALA LUMPUR: Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anggota bomba yang bertugas di konsert berkenaan pada jam 11.29 malam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Ramli berkata, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah yang bertugas itu kemudiannya menjalankan kerja-kerja menangani insiden kecemasan itu.
"Anggota bomba yang bertugas awalnya mendapati berlaku kebakaran kecil yang melibatkan kotak bunga api yang diletakkan di atas perancah di belakang skrin latar belakang pentas.
"Anggota bomba kemudiannya menjalankan tugas pemadaman menggunakan alat pemadam api sehingga padam," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
"Kebakaran itu ditangani dengan pantas oleh anggota bomba bertugas," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#konsert siti nurhaliza
#Judika
#kebakaran
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan