awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee El akui hidup semakin susah sejak bergelar pelakon

Gempak
Gempak
07/05/2018
11:24 MYT
Lee El akui hidup semakin susah sejak bergelar pelakon
Lee El berkata beliau pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik kerana sukar mendapat tawaran berlakon akibat 'rupa tidak menarik'.
PELAKON drama bersiri Korea, Goblin, Lee El mengakui hidupnya semakin susah sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
Menerusi laporan Koreaboo, Lee El mengakui dia pernah tidak mempunyai wang untuk membeli makanan seharian dan hanya meminum teh bagi mengisi perutnya.
"Drama lakonan pertama saya ialah Good Job pada 2009 dan selepas itu saya tidak mendapat sebarang tawaran lakonan lagi.
"Mungkin ramai yang ingat bergelar pelakon adalah mudah dan mempunyai banyak wang.
"Malah enam tahun pertama terlibat dalam bidang seni saya sering kesempitan wang dan mula terfikir untuk melakukan pembedahan plastik kerana sukar mendapat tawaran akibat rupa tidak menarik.
"Perkara itu membuatkan saya tertekan dan dalam masa yang sama saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan," katanya.
Tambah Lee El, hidupnya kini semakin berubah dan perkara itu membuatkan dirinya semakin kuat untuk terus berusaha memajukan dirinya dalam bidang lakonan.
Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
#drama Korea
#Goblin
#good job
#Lee El
#pelakon korea
#selebriti korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan