awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan

Bernama
Bernama
12/11/2024
10:15 MYT
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda Boney M masih mempunyai daya tarikan luar biasa setiap kali mengadakan konsert jelajah. - Foto FB Lo-Fi Entertainment
KUALA LUMPUR: Kumpulan legenda yang cukup popular pada era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan di Mega Star Arena KL sebagai sebahagian daripada jelajah sambutan jubli emas mereka.
Dalam satu kenyataan di sini, penganjur konsert Lo-Fi Entertainment dan Front Row Entertainment berkata Boney M masih mempunyai daya tarikan luar biasa setiap kali mengadakan konsert jelajah.
"Maizie Williams yang mengetuai persembahan tersebut mampu memikat penonton tanpa mengira usia dengan rangkaian lagu-lagu hits Boney M yang tidak jemu didengar, begitu energetik dan gerak tari yang menggetarkan.
"Lagu-lagu popular dendangan Boney M seperti 'Daddy Cool', 'Sunny', 'Ma Baker', 'Rasputin', 'Hooray! Hooray! It's a Holi-Holiday', 'Brown Girl In The Ring' dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai sejak 1970-an hingga kini masih digemari ramai," demikian menurut kenyataan itu.
Perjalanan kerjaya seni Boney M bermula apabila mendiang penerbit muzik Frank Farian menerbitkan lagu 'Baby Do You Wanna Bump' dengan menggunakan nama samaran, dan tanpa diduga lagu itu mendapat sambutan hangat hinggakan beliau mengupah Maizie Williams untuk membuat penampilan secara langsung.
Menyertai Maizie Williams kemudiannya ialah Marica Barrett, Liz Mitchell dan mendiang Boby Farrell.
Tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com dan www.frontrow.asia bermula 12 tengah hari pada Jumaat ini (15 Nov), berharga RM188 hingga RM RM688 (VIP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boney M
#konsert
#Kuala Lumpur
#irama disko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan