awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki 67 tahun bebas pertuduhan mengintip Gwyneth Paltrow

Agensi
Agensi
18/02/2016
05:40 MYT
Lelaki 67 tahun bebas pertuduhan mengintip Gwyneth Paltrow
Tertuduh dibebaskan dari pertuduhan mengintip dalam satu kes mahkamah yang turut melibatkan kehadiran Paltrow (gambar) untuk memberikan keterangan.
SEORANG lelaki Ohio yang disabitkan atas kesalahan mengintip bintang Hollywood, Gwyneth Paltrow, 15 tahun lalu didapati tidak bersalah atas pertuduhan dalam kes terbaharu terhadapnya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.
Lapor Reuters, Dante Michael Soiu, 67, dibebaskan daripada pertuduhan mengintip dalam satu kes mahkamah yang turut melibatkan kehadiran Paltrow untuk memberikan keterangan.
Pelakon berusia 43 itu memberitahu pihak juri sambil menangis bahawa beliau risau tentang keselamatan beliau dan keluarganya setelah menerima berpuluh-puluh surat dari Soiu.
Paltrow turut membaca beberapa surat itu di hadapan juri.
Namun, Soiu memberitahu bahawa surat itu adalah usaha untuk memohon maaf kepada Paltrow.
Dalam kes sebelum ini, Soiu dijatuhkan hukuman pada Disember 2000 kerana menghantar surat kepada Paltrow yang mempunyai unsur grafik seksual dan pernah muncul di hadapan rumah ibu bapa Paltrow sebanyak dua kali.
Sebelum ini, Soiu bekerja sebagai penghantar pizza.
Topic Berkaitan
#Gwyneth Paltrow
#kes mengintip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan