awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui lemas di kediaman Demi Moore

AFP
AFP
20/07/2015
01:32 MYT
Lelaki ditemui lemas di kediaman Demi Moore
Seorang lelaki ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad. - Gambar fail
Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman mewah pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad.
Polis yang tiba di lokasi kejadian pada awal pagi menjumpai mangsa, Edenilson Steven Valle, sedang diberikan rawatan kecemasan oleh paramedik. Mangsa dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut pegawai polis, Sarjan A. Bone dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pelakon berusia 52 tahun itu tidak berada di rumah semasa insiden berlaku.
“Saya difahamkan mangsa merupakan salah seorang pekerja di rumah tersebut,” ujar Bone.
Memetik laporan portal TMZ, sumber dari pihak berkuasa mendakwa Valle tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam renang ekoran tidak tahu berenang.
Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Demi Moore terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem popular seperti Ghost (1990) dan G.I. Jane (1997).
Pelakon yang berasal dari Roswell, New Mexico itu pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama Bruce Willis dan kemudiannya Ashton Kutcher. Demi berpisah dengan Ashton pada 2013.
Topic Berkaitan
#Beverly Hills
#demi moore
#Kolam renang
#lemas
#mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan