awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marie Fredriksson dari duo Roxette meninggal dunia

Agensi
Agensi
10/12/2019
13:58 MYT
Marie Fredriksson dari duo Roxette meninggal dunia
Fredriksson didiagnosis menghidap ketumbuhan di otaknya pada 2002, namun tetap terus menghasilkan muzik. - AP
MARIE Fredriksson, iaitu salah seorang daripada duo popular berasal dari Sweden, Roxette, meninggal dunia pada Isnin pagi selepas bertarung dengan penyakit yang sekian lama dihidapinya.
Menurut laporan, penyanyi yang suaranya amat diingati kerana menyanyikan lagu malar segar It Must Have Been Love itu menghembuskan nafas terakhirnya di sisi rakan baiknya yang juga pasangan duo, Per Gessle.
Fredriksson, 61 tahun, didiagnosis menghidap ketumbuhan di otaknya pada 2002, namun tetap terus menghasilkan muzik sepanjang dia menjalani rawatan penyakitnya.
Pihak pengurusan Roxette mengesahkan berita pemergiannya itu dengan pernyataan ‘selepas 17 tahun bertarung melawan barah’.
Roxette meniti puncak populariti sekitar tahun 1990-an dengan lagu hit seperti The Look, Joyride dan Listen To Your Heart.
Susulan pengumuman itu, Per Gessle menitip mesej dukacita di akaun Twitternya: “Masa berlalu dengan pantas. Tidak lama dahulu kami menghabiskan hari dan malam di apartmen kecil saya dengan berkongsi impian yang mustahil. Dan lihatlah impian yang kami berjaya kecapi bersama! Saya berbesar hati mengenali bakat dan kemurahan hati. Kasih sayang ini saya tujukan untuk kamu dan keluarga. Semua tidak akan sama lagi selepas ini.”
Fredriksson mengahwini Edmund Mikael Bolyos, seorang penyanyi dan penulis lirik sekitar tahun 1994, dan hasil perkongsian hidup mereka itu telah dikurniakan dua orang anak, Inez Josefin Bolyos dan Oscar Mikael Bolyos.
Topic Berkaitan
#barah otak
#Marie Fredriksson
#meninggal dunia
#roxette
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan