awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial Radiohead dikosongkan, peminat berspekulasi album baharu

Agensi
Agensi
02/05/2016
13:59 MYT
Media sosial Radiohead dikosongkan, peminat berspekulasi album baharu
Radiohead bakal muncul dalam siri konsert di enam bandar raya seluruh dunia bermula 20 Mei.
Akaun media sosial rasmi bagi kumpulan popular Britain, Radiohead, telah dikosongkan pada Isnin seiring spekulasi menyatakan mereka akanmuncul dengan album baharu.
Semua status, gambar dan butiran di akaun Facebook serta Twitter kumpulan itu telah dipadamkan, termasuk tweet daripada penyanyinya, Thom Yorke.
Radiohead bakal muncul dalam siri konsert di enam bandar raya seluruh dunia bermula 20 Mei dan seterusnya akan menjayakan persembahan di lapan buah festival pada tahun ini.
Kumpulan itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai album baharu, namun tidak menafikan bahawa mereka sedang ‘mengusahakan’ sesuatu di studio.
Album baharu itu, jika benar dilancarkan, bakal menjadi album kesembilan Radiohead selepas ‘The King of Limbs’ pada 2011.
Radiohead memegang rekod jualan album lebih 30 juta sejak buah tangan pertama pada tahun 1993.
Sejak kebelakangan ini, beberapa peminat Radiohead di Britain menerima risalah misteri dalam peti surat mereka.
Risalah itu tertulis: "Sing The Song Of Sixpence That Goes Burn The Witch We Know Where You Live".
Tulisan tersebut dicetak timbul bersama logo yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.
Akaun Facebook rasmi Radiohead yang telah dipadam kesemua status dan gambar pada Isnin (2 Mei).
Akaun Facebook rasmi Radiohead yang telah dipadam kesemua status dan gambar pada Isnin (2 Mei).
Topic Berkaitan
#akaun media sosial Radiohead kosong
#album baharu
#Radiohead
#Thom Yorke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan