awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menagih dan mengedar dadah, vokalis lagu 'Aishiteru' berdepan hukuman mati

Gempak
Gempak
09/03/2019
14:22 MYT
Menagih dan mengedar dadah, vokalis lagu 'Aishiteru' berdepan hukuman mati
Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah. - Astro Gempak
VOKALIS kumpulan Zivilia yang popular menerusi lagu Aishiteru, Zulkifli ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.
Berita penangkapan itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan.
Menurutnya, penyanyi lagu Aishiteru itu boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sekiranya disabit kesalahan.
“Benar, ditangkap. Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahannya,” katanya.
Terdahulu, Zul ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.
Zul itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.
Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.
Selain itu, polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti.
Sumber: Tribune News/Kompas
Topic Berkaitan
#Aishiteru
#artis
#band
#Dadah
#Indonesia
#menagih
#mengedar dadah
#muzik
#narkotik
#vokalis
#Zivilia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan