awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mikrofon Impian: 'Saya tak pernah nampak ayah menangis, tapi hari ni dia... - Norizwan

Gempak
Gempak
18/03/2019
10:00 MYT
Mikrofon Impian: 'Saya tak pernah nampak ayah menangis, tapi hari ni dia... - Norizwan
Norizwan mengakui bersyukur apabila dipilih sebagai juara pada persembahan minggu kelima.
PESERTA Mikrofon Impian, Norizwan mengakui bersyukur apabila dipilih sebagai juara pada persembahan minggu kelima.
Menurut Norizwan, dia tidak pernah melihat ayahnya menangis seperti yang berlaku ketika melakukan persembahan diatas pentas.
"Alhamdulillah, sekarang ini saya bersyukur apabila diberikan rezeki yang tak disangka-sangka.
"Hari ini adalah rezeki saya mungkin ia adalah platfom untuk saya memulakan langkah dalam industri.
"Saya sedih mengenangkan kisah hidup serta kesusahan keluarga dan saya sebenarnya tidak pernah nampak ayah menangis, tetapi hari ini dia nak cakap pun dada dia sakit dan ingin mengalirkan air mata.
"Bila hari ini dia nampak kejayaan anaknya yang minat bernyanyi, dia menangis," katanya menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian.
Episod kelima program Mikrofon Impian menyaksikan Norizwan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 untuk menyelesaikan masalah hutang keluarganya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
#Mikrofon Impian
#persembahan minggu kelima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan