awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MK K-Clique sudah bertunang?

Gempak
Gempak
20/05/2023
01:45 MYT
MK K-Clique sudah bertunang?
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut. - Gempak
DALAM diam, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Hajar.
Dakwaan itu mula timbul selepas seorang peminat melihat beberapa keping foto yang memperlihatkan MK beraya di rumah abang kepada wanita tersebut baru-baru ini.
Menerusi gambar yang dikirimkan oleh peminat itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.
Malah, salah satu foto memaparkan wanita berkenaan dilihat sedang menunjukkan cincin yang dipakai pada jarinya turut menjadi tular di laman sosial.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik MK, dia memuat naik foto berukuran pasport dengan imej bersongkok, seolah-olah memberitahu sedang bersiap sedia menuju hari bahagia.
“Salam Jumaat, jika anda membaca ini, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmat-Nya. Amin,” tulisnya ringkas.
Rata-rata netizen termasuk kalangan selebriti antaranya pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Nabila Razali mengucapkan tahniah kepada penyanyi kelahiran Sabah itu.
“Setinggi-tinggi tahniah mamatku. Barakallahufillkum,” komen Yusuf.
“Congratulations Muhammad Hairi,” tulis Nabila di ruang komen.
Terdahulu, MK mendedahkan sedang berkenalan rapat dengan Siti Hajar selain mengaku wanita itu merupakan seorang yang istimewa buat dirinya. - Gempak
Topic Berkaitan
#MK K-Clique
#Bertunang
#Siti Hajar
#foto tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan