awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mula terima tawaran rancangan TV, Laudya Cynthia Bella sedia pindah Malaysia?

Gempak
Gempak
26/09/2017
08:00 MYT
Mula terima tawaran rancangan TV, Laudya Cynthia Bella sedia pindah Malaysia?
sahabat rapat Bella sendiri, Melly Goeslaw pernah memberikan bayangan pelakon itu berkemungkinan besar akan menetap di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga. - Foto IG/laudyacynthiabella
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella lebih kerap meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti di Malaysia.
Malah, dalam perkembangan terbaharu Bella dilantik menjadi juri jemputan mingguan untuk rancangan pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017.
Selaku juri jemputan atau dalam terma lainnya Juri Nusantara, sudah pasti komitmen pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu diperlukan di Malaysia dalam tempoh yang lama.
Malah, sahabat rapat Bella sendiri, Melly Goeslaw pernah memberikan bayangan pelakon itu berkemungkinan besar akan menetap di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga.
Mungkin menjadi Juri Nusantara untuk rancangan Ceria i-Star 2017 merupakan langkah sulung Bella untuk terus bertapak di Malaysia?
Rancangan Ceria i-Star 2017 mengetengahkan 11 peserta cilik dari Malaysia, Indonesia dan Brunei yang mempunyai pelbagai kebolehan daripada segi nyanyian, pidato, sketsa, taranum dan bermain alat muzik.
Ceria i-Star 2017 mengekalkan pelawak Nabil Ahmad dan penceramah bebas PU Yeop sebagai pengacara selain Dzawin dilantik menjadi pengacara bersama.
Manakala, Bella akan bergandingan bersama Ustaz Amin Idris dan Imam Muda Asyraf sebagai juri tetap.
Ceria i-Star 2017 akan mula bersiaran selama satu jam pada setiap Sabtu bermula 7 Oktober 2017 pukul 9 malam di Astro Ceria (611), Astro Prima (105) dan Maya HD (135). - Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @laudyacynthiabella
Topic Berkaitan
#Ceria i-Star 2017
#Engku Emran Engku Zainal Abidin
#Imam Muda Asyraf
#Laudya Cynthia Bella
#Nabil Ahmad
#PU Yeop
#Surga Yang Tak Dirindukan 2
#Ustaz Amin Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan