awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup

Gempak
Gempak
01/08/2024
02:50 MYT
Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup
Nia dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.
PERNAH dijatuhkan hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menganggap kejadian tersebut sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.
Kata Nia, 34, dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.
“Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.
“Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.
“Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna,” katanya ketika ditemui Gempak.
Syukur ramai menyokong
Dalam pada itu, Nia turut sempat meluahkan rasa syukur apabila ramai yang memberikan sokongan kepadanya selepas kes terbabit berlaku.
“Selepas kes tersebut, ternyata masih ramai yang memberi sokongan di belakang saya. Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat.
Nia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis gala tayangan filem All Access To Rossa 25 Shining Years yang berlangsung di Plaza Indonesia.
Terdahulu, pada Januari 2022, Nia dan suami Ardi Bakrie dijatuhkan hukuman penjara setahun akibat kes penyalahgunaan dadah.
Pasangan itu telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan. - Gempak
Topic Berkaitan
#Nia Ramadhani
#Nia Ramadhani dipenjara
#kes dadah
#Ardi Bakrie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan