awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#OrangKL: 10 lagu bertemakan bandar raya Kuala Lumpur

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
29/01/2016
12:49 MYT
#OrangKL: 10 lagu bertemakan bandar raya Kuala Lumpur
Antara lagu-lagu popular bertemakan Kuala Lumpur termasuk dendangan Sudirman Haji Arshad. - Gambar Astro AWANI
Kugiran punk rock, The Clash pernah tampil dengan London Calling, suara menawan Frank Sinatra sentiasa diingati dalam New York, New York dan Freddie Mercury masyhur dengan Barcelona yang menjadi lagu tema Sukan Olimpik bandar tersebut pada tahun 1992.
Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan.
Sejak bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957, sehinggalah terdirinya nmenara berkembar tertinggi di dunia sebagai salah satu mercu tanda Kuala Lumpur, banyak lagu yang telah digubah bertemakan ibu negara Malaysia ini.
Sempena sambutan Hari Wilayah, siri #OrangKL akan dilancarkan pada 1 Feb, 2016 hanya di astroawani.com

Keroncong Kuala Lumpur - P. Ramlee (1968) Lagu ini diabadikan dalam filem Anak Bapak yang diterbitkan pada tahun yang sama. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee muncul sebagai Che’ Harun yang berkunjung ke majlis berkhatan dan diminta oleh para pekerjanya untuk menyanyikan lagu ini.

Kuala Lumpur Ibu negara Malaysia Aman Serta Makmur Selepas Merdeka

P. Ramlee - Keroncong Kuala Lumpur
P. Ramlee - Keroncong Kuala Lumpur
Air Mata di Kuala Lumpur - Saloma (1972)
Lagu ini terkenal sebagai lagu terakhir gubahan P. Ramlee sebelum meninggal dunia setahun kemudian, dengan lirik hiba yang menggambarkan kepayahan hidupnya di hujung kariernya sebagai penghibur.
Hazama pernah menyanyikan semula lagu ini dalam rancangan terbitan Astro Ria berjudul, MeleTOP.
Hidup sudah tiada bererti Zahirku hidup batinku mati Remuk redah hatiku hancur Air mata di Kuala Lumpur
Saloma - Air Mata di Kuala Lumpur
Saloma - Air Mata di Kuala Lumpur
Senja di Kuala Lumpur - Broery Marantika (1980)
Lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab ini mengukuhkan lagi populariti penyanyi Indonesia ini di Malaysia yang turut terkenal dengan lagu berjudul, Biar Bulan Bicara.
Seorang lagi penyanyi Indonesia, Poppy Mercury turut menyanyikan lagu untuk ibu negara, Tragedi Antara Penang dan Kuala Lumpur terbitan pada tahun 1991.
Kan ku ingat kan ku kenang Senja indah senja di Kuala Lumpur Kan ku bawa kan ku simpan Senja indah senja di Kuala Lumpur
Broery Marantika - Senja di Kuala Lumpur
Broery Marantika - Senja di Kuala Lumpur
Chow Kit Road - Sudirman (1981)
Tarikh 14 April, 1986 tidak akan dilupakan oleh lebih 100 ribu warga kota yang berada di Jalan Chow Kit di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk menghadiri konsert gergasi percuma yang diadakan oleh Penghibur Terbaik Asia ini bagi menghargai para peminatnya.
Indahnya petang di Chow Kit Road Kuala Lumpur Indahnya petang di Chow Kit Road Kuala Lumpur
Sudirman - Chow Kit Road
Sudirman - Chow Kit Road
Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur - Malek Ridzuan (1981)
Selain Malek Ridzuan, lagu ini juga pernah dinyanyikan oleh Adam Ahmad bagi iklan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun 1986 dan kumpulan rock alternatif, Hujan pada tahun 2012.
Filem komedi arahan Mamat Khalid berjudul, Rock Oo turut memuatkan lagu ini dalam salah satu babak filem tersebut.
Kuala Lumpur Kuala Lumpur Menyinari hidupku Kota yang penuh dengan cabaran Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
Senyumlah Kuala Lumpur - Alleycats (1982)
Tidak dapat dinafikan lagi, lagu yang dimuatkan dalam album 6 Kucing ini merupakan antara lagu bertema Kuala Lumpur yang paling popular dan malar hijau hingga ke hari ini.
Kuala Lumpur senyumanmu Dipagi ini Sungguh bererti Kerna cinta bersemi lagi Setelah kemarau panjang
Alleycats - Senyumlah Kuala Lumpur
Alleycats - Senyumlah Kuala Lumpur
Sesat di Kuala Lumpur - Kembara (1986)
Lagu ini merupakan salah sebuah lagu runut bunyi bagi filem Kembara Seniman Jalanan yang dibintangi oleh Datuk M. Nasir, Amy Search dan bekas penyanyi lagu Saya Anak Malaysia, Dr Sam Rasputin yang juga mempunyai sebuah lagu bertema Kuala Lumpur iaitu Oleh-Oleh di Kota Raya yang dinyanyikan bersama kumpulan Musafir.
Sesat di Kuala Lumpur Dosa dan pahala bercampur Tapi kita perlu hidup Kita perlu terus hidup Kembara - Sesat di Kuala Lumpur
Kembara - Sesat di Kuala Lumpur
Hujan Bunga di Kuala Lumpur - Ana Raffali (2010)
Salah satu lagu yang melonjakkan nama Ana sebagai penyanyi/komposer pop santai dengan imej bergitar yang kemudiannya menjadi ikutan.
Dekad ini juga menyaksikan beberapa lagu lain untuk ibu kota seperti Panik di Kuala Lumpur (2007) nyanyian The Times dan Kuala Lumpur (2008) oleh Hujan.
Hujan bunga di Kuala Lumpur Kini sudah tiada Masa untuk mencari payung Berteduh kita bawah surat khabar Lalu terbaca berita kata Hujan ini tak akan reda
KL Kita - Yuna & Qi Razali (2012)
Lagu ini dimuatkan dalam album Yuna, Terukir di Bintang dan turut dipilih sebagai lagu tema bagi filem Kolumpo yang menggabungkan tiga kisah arahan tiga pengarah berbeza.
Waktu mencemburui aku Kota raya menjamahku Di mana perginya mimpiku Mungkin dijemarimu
Kotarayaku - Altimet & Noh (2014)
Versi pertama lagu ini dinyanyikan oleh Tom pada tahun 2012 namun versi kedua ini lebih menarik perhatian pendengar terutamanya lirik rap Altimet yang penuh makna.
Oh Kuala Lumpur Kau yang tak pernah tidur Menjaga mimpi yang luntur Oh kotarayaku Kisah seribu satu Abadi di jalananmu
Topic Berkaitan
##orangkl
#Kuala Lumpur
#Lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan