awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/11/2020
07:21 MYT
Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus
Pelakon dan pengarah, Adam Hamid turut memuat naik perkhabaran duka tersebut di laman Instagramnya, sekitar tiga jam lalu - Gambar Instagram @adamhamidjarnail
KUALA LUMPUR:Anggota kumpulan komedi, Pak Lah Cecupak dilaporkan meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat kanser usus, pada pagi Sabtu.
Berita pemergian Allahyarham pelawak itu, atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin dikongsi oleh isteri anggota Cecupak, Ucop, Siti Afzan menerusi kemas kini di laman Facebook, hari ini.
"Al-Fatihah Pak Lah Cecupak. Hujan pula sini. Hati rasa hiba.
"Arwah penah tidur rumah dekat Putrajaya masa ada projek dengan suami untuk Karnival Usaha Wan Desa (KUD). Mohon doa daripada rakan-rakan," demikian tulisnya dalam entri tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Adam Hamid (fdam) (@adamhamidjarnail)
Sementara itu, pelakon dan pengarah, Adam Hamid turut memuat naik perkhabaran duka tersebut di laman Instagramnya, sekitar tiga jam lalu.
"Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus," jelas beliau.
Dalam perkembangan sama, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Salam Takziah Dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia(IRAMA) buat keluarga pelawak Nur Affendi bin Nurdin @ Pak...
Posted by Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia on Friday, 20 November 2020
Memetik laporan media, pada September lalu Allahyarham mendedahkan dia menghidap penyakit barah usus tahap empat.
Difahamkan, Allahyarham yang turut aktif dalam bidang nyanyian sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Selain menyanyi dan berlawak, Allahyarham juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.
Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.
Selain Pak Lah, kumpulan Cecupak turut dianggotai Pak Jaih, Ucop, Ropie serta Pian.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#meninggal dunia
#Pak Lah Cecupak meninggal dunia
#pelawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan