awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon filem 'John Wick' Lance Reddick meninggal dunia

Bernama
Bernama
18/03/2023
05:30 MYT
Pelakon filem 'John Wick' Lance Reddick meninggal dunia
Pemergian Reddick hanya seminggu sebelum filem "John Wick Chapter 4" (Siri Keempat) disiarkan. -Reuters
WASHINGTON: Pelakon Lance Reddick, yang terkenal dengan wataknya dalam filem John Wick dan The Wire, meninggal dunia pada Jumaat di kediamannya di Los Angeles -- hanya seminggu sebelum John Wick Chapter 4 (Siri Keempat) disiarkan.
Dua minggu sebelum itu, Reddick menghadiri sidang media di Los Angeles untuk mempromosikan filem itu, lapor United Press International (UPI).
Reddick membintangi keempat-empat filem John Wick, bermula dengan filem asal pada 2014 sebagai Charon.
Reddick, 60, dilahirkan di Baltimore, dan terkenal dengan wataknya sebagai Lt Cedric Daniels iaitu anggota polis Baltimore dalam drama HBO, dari 2002 hingga 2008.
Sebelum John Wick, Reddick muncul dalam filem termasuk The Guest, White House Down, Jonah Hex dan Don't Say a Word.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lance Reddick
#John Wick
#The Wire
#pelakon meninggal dunia
#charon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan