awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Konflik Asia Barat: Orang ramai hadir upacara peringatan Khamenei di Tehran
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Nadia Aqilah kini selamat bergelar isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2018
08:06 MYT
Pelakon Nadia Aqilah kini selamat bergelar isteri
Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor.
PELAKON Nadia Aqilah, 33, kini bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Saiful Ridzuan, dengan hanya sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor.
Cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang low profile, Nadia yang aktif di pentas teater dan kaca TV ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya.
Namun pada hari penyatuannya ini, pelakon ini telah berkongsi saat-saat ini indah ini bersama para peminatnya menerusi Insta Live di laman Instagram miliknya semalam. Tidak ketinggalan perkongsian yang dilakukan teman rapatnya, Sharifah Amani menerusi beberapa kemas kini momen indah tersebut menerusi laman Instagramnya.
Memilih tema klasik, Nadia anggun mengenakan persalinan kebaya putih, sedondon dengan suaminya.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang juga merupakan teman baik Nadia di mana mereka turut menjadi sebagai pembawa dulang. Antaranya Ruzana Ibrahim, Eenaz Mokhtar, Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani dan lain-lain.
Sementara majlis resepsi pula berlangsung meriah pada hari ini, juga di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat.
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#Instagram
#keluarga
#Nadia Aqilah
#perkahwinan
#pernikahan
#Saiful Ridzuan
#Shahrifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan