awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia

Bernama
Bernama
26/05/2021
02:35 MYT
Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia
R. Ramasundran, 57, meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). -Foto Facebook Persatuan Teater Malaysia
PELAKON dan pelawak negara Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Ramasundran, 57, yang popular antaranya melalui sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Presiden Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon oleh isteri mendiang. Sakrani berkata mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden persatuan tersebut dimasukkan ke bahagian kecemasan HKL kira-kira 12 tengah malam tadi kerana kakinya bengkak.
Menurutnya, satu jam kemudian doktor mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masalah jantung telah meninggal dunia. "Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan. RIP (semoga rohnya bersemadi dengan aman) daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Teater Malaysia," katanya. Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramasundran
#Pelakon dan pelawak
#spanar jaya
#APM
#Sakrani Shamsuddin
#Persatuan Teater Malaysia
#kaki bengkak
#masalah jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan