awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah, pelakon Skyfall bakal dapat bonus

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2012
16:01 MYT
Pengarah, pelakon Skyfall bakal dapat bonus
Atas kejayaan "Skyfall", pengarah dan pelakon utamanya bakal menerima bonus.
Filem terbaru James Bond itu berjaya mengutip $870 juta (RM 2.65 bilion) di seluruh dunia setakat ini.
Selain pengarah Sam Mendes, pelakon yang disebut bakal menerima habuan ialah Daniel Craig, Javier Bardem, Judi Dench dan Ralph Fiennes.
Setiap individu bagaimanapun akan menerima jumlah yang berbeza atas rundingan dengan penerbitnya, Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson.
Walaupun jumlahnya tidak didedahkan, mereka difahamkan akan menerima anggaran $100,000 hingga $200,000 (RM305,160 – RM610,321).
Selain itu, tenaga kerja yang dicalonkan untuk majlis anugerah seperti Bafta, Oscar atau Golden Globe juga akan mendapat imbuhan tambahan, apatah lagi jika menang.
Craig dilaporkan menerima bayaran hampir $50 juta (RM152.6 juta) untuk menjayakan watak James Bond dalam dua filem akan datang.
Bayaran itu jauh berbeza dari apa yang diterimanya untuk "Skyfall" iaitu $17 juta (RM52 juta).
Suami kepada Rachel Weisz itu hanya menerima 3 juta dolar untuk "Casino Royale" manakala $7 juta (RM 21.4 juta) untuk "Quantum of Solace”.
Topic Berkaitan
#Daniel Craig
#james bond
#Skyfall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan