awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia mengaku sudah lupakan dadah

Gempak
Gempak
06/04/2023
01:31 MYT
Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia mengaku sudah lupakan dadah
Vokalis kumpulan Zivilia, Zul (kanan) diketahui sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki dan mengambil najis dadah. - Gempak
VOKALIS kumpulan Zivilia, Zul diketahui sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki dan mengambil najis dadah.
Zul dipenjarakan selama 18 tahun dan sudah melalui empat tahun waktu menjadi banduan di salah sebuah penjara di Jakarta Selatan.
Terkini, penyanyi yang cukup terkenal dengan hit Aishiteru itu mengaku menghabiskan masa selama empat tahun di penjara dengan memperbaiki dirinya.
Kata Zul, dia telah melalui banyak pengalaman dan pengajaran hidup sehingga mengubah dirinya menjadi lebih baik.
“Banyak pelajaran baharu yang saya lalui dan menjadikan saya lebih baik serta tahun diri.
“Saya selalu berusaha menjadi lebih baik. Lebih bijak menghargai orang, keluarga dan isteri,” kata Zul seperti dilaporkan Detik.com.
Tambah Zul, paling penting adalah dirinya sudah tidak lagi bergantung harap kepada dadah yang pernah menjadi kepentingan dalam hidupnya.
“Dulu saya sangat susah mahu meninggalkan dadah. Tapi sekarang Alhamdulillah sudah bersih total.
“Saya tidak pernah terfikir untuk kembali mencuba barang haram tersebut,” tegasnya.
Pada 2019, penyanyi itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi. Dia juga dipercayai terbabit dengan rangkaian jual beli dadah dari luar negara.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#penyanyi Aishiteru
#Zul Zivilia
#Dadah
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan