awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Perempuan ada duit, dia berlagak" - Rosyam Nor

Gempak
Gempak
13/09/2023
16:46 MYT
"Perempuan ada duit, dia berlagak" - Rosyam Nor
Rosyam juga berpendapat disebabkan keegoaan wanita itu juga boleh menjadi salah satu punca rumah tangga bermasalah. - Gambar Gempak
Tular video pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menganggap segelintir wanita yang bekerjaya dan mempunyai kewangan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.
Menerusi video podcast di akaun TikTok Suhan Movies, Rosyam turut berkata wanita seperti itu juga akan mula pandang rendah terhadap suaminya.
“Sebab perempuan ini, bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak, dia berlagak… walaupun dia isteri. Dia cakap dah tinggi, kebanyakan macam itu, bukan semua.
“Kebanyakannya perempuan ini bila dah ada duit, dia ego… dengan suami kata ‘you tahu tak, I penat. You dah balik cepat, you tolong la buat sekali. I kerja, you kerja, tolong la buat sekali’. Tapi sebahagian saja,” katanya.
Pada perkongsian sama, Rosyam juga berpendapat disebabkan keegoaan wanita itu juga boleh menjadi salah satu punca rumah tangga bermasalah.
“Ada juga perempuan yang ada duit, pakai cantik, bila tengok lelaki sendiri kata ‘apa laki aku kahwin rupa macam ini’. Lepas itu dia tengok jantan dekat luar lebih menarik.
“Orang dekat luar lebih hargai dia dan berlaku la pergolakan rumah tangga. Pergolakan rumah tangga ini boleh jadi sebab isteri itu ada duit,
Bagaimanapun, usahawan dan CEO Usanita Datin Seri Adzliana yang turut serta dalam podcast itu berkata pasangan suami isteri perlu ada ‘give and take’ malah wanita juga kena mencari pendapatan sendiri di zaman moden.
Rata-rata netizen lebih menyokong kenyataan Adzlina berbanding Rosyam namun ada juga berpendapat segelintir lelaki atau wanita sama sahaja apabila berada di kedudukan yang tinggi. - Gempak
Topic Berkaitan
#TikTok
#usahawan
#kewangan lebih
#Rumah Tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan