awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perniagaan kurang menggalakkan, Afdlin Shauki terpaksa tutup Comedy Planet

Gempak
Gempak
31/05/2018
03:43 MYT
Perniagaan kurang menggalakkan, Afdlin Shauki terpaksa tutup Comedy Planet
Menerusi entri di Instagram, Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.
PELAKON Datuk Afdlin Shauki mengakui terpaksa menutup restoran miliknya, Comedy Planet kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.
"Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu bulan May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall.
"Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini. Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki.
"Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall.
"Terima kasih kepada semua pelawak, pekerja dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya," tulisnya.
Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu yg bulan May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall. Oleh kerana sambutan yg kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini. Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yg juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada yg telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. Terimakasih kepada semua pelawak, staff dan partner saya yg juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
May 30, 2018 at 8:38am PDT
Rata-rata peminat meluahkan perasaan sedih dengan berita itu dan mereka mendoakan semoga Afdlin akan sentiasa dimurahkan rezeki serta mendapat lokasi yang sesuai untuk memulakan semula perniagaannya itu.
Sebelum ini Afdlin membuka cawangan pertamanya di Kilang Bateri, Johor Bahru dan memilih Great Eastern Mall, Ampang sebagai cawangan keduanya dalam perniagaan restoran berkonsepkan komedi.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi Foto: Instagram
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Comedy Planet
#Great Eastern Mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan