awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta Palestin muncul juara Arab Idol

Agensi
Agensi
26/02/2017
04:53 MYT
Peserta Palestin muncul juara Arab Idol
Shaheen yang menerima undian tertinggi menerima kontrak rakaman bersama syarikat Platinum Records.
KEMENANGAN peserta dari Palestin, Yaqoub Shaheen dalam pertandingan Arab Idol disambut penuh kegembiraan oleh rakyat negara itu.
Sebaik diumumkan pemenang, Shaheen menyampaikan lagu bertema patriotik, dengan bendera Palestin diletakkan di atas bahunya.
Antara lirik yang menyentuh perasaan adalah; "Sumpah dan janji saya, darah saya untuk Palestin".
Di Gaza dan Tebing Barat, ribuan penduduk memenuhi jalan raya, kedai kopi dan restoran, untuk menyaksikan pertandingan itu secara langsung melalui skrin besar.
"Ini hari bersejarah buat Palestin," kata seorang penduduk, Mohammed Abu Ali.
Pemandu-pemandu teksi pula membunyikan hon dan memainkan lagu-lagu yang dipersembahkan peserta sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.
Program Arab Idol tahun ini menyaksikan dua peserta dari Palestin, Shaheen dan Ameer Dandan, bersaing dengan seorang peserta dari Yaman, Ammar Mohammed.
Shaheen merupakan rakyat Palestin kedua dinobatkan sebagai pemenang selepas Mohammed Assaf, pada tahun 2013.
Program berkenaan cukup popular di Asia Barat, dengan formatnya diambil berdasarkan program Pop Idol di Britain.
Disiarkan menerusi saluran MBC1, Shaheen yang menerima undian tertinggi menerima kontrak rakaman bersama syarikat Platinum Records, selain bakal menyertai nama-nama besar arena hiburan Asia Barat dalam pelayaran Stars On Board.
Topic Berkaitan
#Arab Idol
#Palestin
#Yaqoub Shaheen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan