awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2023
03:52 MYT
Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi
BLACKPINK juga menjadi kumpulan wanita pertama dalam sejarah menjayakan konsert berskala besar di empat benua iaitu Asia, Eropah, Amerika dan Australia. - Foto Agensi/Sinar Harian
BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah 'subscriber' (pengikut) tertinggi di saluran YouTube.
Kumpulan wanita popular yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu kini memiliki 90 juta subscriber, sekali gus mencipta rekod baharu mengatasi barisan artis lain di seluruh dunia.
Menariknya kejayaan itu tercipta dalam tempoh yang singkat iaitu tujuh tahun selepas debut mereka di mana saluran YouTube rasmi BLACKPINK didaftarkan pada 28 Jun 2016.
Sehingga kini jumlah tersebut terus menunjukkan peningkatan, apatah lagi BLACKPINK kini masih dalam rangka konsert jelajah Born Pink mereka di seluruh dunia.
Jika kumpulan yang popular dengan lagu How You Like That dan Kill This Love itu berjaya meraih 100 juta subscriber, mereka bakal menjadi artis pertama yang akan menerima Red Diamond Play Button.
Sejak awal membuat penampilan dalam industri hiburan K-Pop, BLACKPINK yang bernaung di bawah agensi YG Entertainment itu meraih pelbagai kejayaan luar biasa dan terus mencipta satu demi satu sejarah.
Mendapat gelaran 'Queen of KPop', mereka juga menjadi kumpulan wanita pertama dalam sejarah menjayakan konsert berskala besar di empat benua iaitu Asia, Eropah, Amerika dan Australia.
Lebih membanggakan, kesemua tiket siri jelajah tersebut habis terjual. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#YouTube
#subscriber
#pecah rekod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan