awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam Nor minta maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
23:30 MYT
Rosyam Nor minta maaf
Datuk Rosyam Nor memohon maaf susulan cadangan beliau mewujudkan pusat pelacuran untuk warga asing. - Gambar fail
SHAH ALAM: Selepas dikecam hebat susulan cadangan mewujudkan pusat pelacuran untuk warga asing, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf.
Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, beliau tidak menyangka video berkenaan menjadi tular sehingga menimbulkan kekecohan.
Menurutnya, rakaman yang tersebar itu sebenarnya video promo untuk program podcast terbitan sebuah saluran di YouTube.
“Alamak, kecoh satu dua hari ini pasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.
“Apa-apa hal, aku mohon maaf dahulu. Aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar.
“Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’ dan ia adalah perbincangan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, Instagram pada Selasa.
Lihat siaran ini di Instagram
Siaran dikongsi oleh Rosyam Nor (@iamrosyam)
Justeru, Rosyam menyeru kepada orang ramai untuk menonton keseluruhan rakaman podcast tersebut tentang perkara yang dibincangkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rosyam Nor
#Rosyam Nor minta maaf
#rumah pelacuran
#Suhan Channel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan