awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sari Yanti dah letih sangat, tak larat

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2018
12:41 MYT
Sari Yanti dah letih sangat, tak larat
Foto terbaharu yang dikongsikan Sari Yanti dan jurugambar Annas Easkey membuatkan rata-rata netizen teruja. - Foto Instagram/@sariyanti
BENARLAH kata orang tua-tua, kalau mengandung, orang perempuan akan kelihatan lebih berseri-seri.
Biarpun tidak pernah berkongsi mengenai perincian kehamilan ketiganya ini, namun gambar terbaharu yang dikongsikan oleh pelakon, Sari Yanti dan jurugambar, Annas Easkey membuatkan rata-rata netizen teruja dan Sari sendiri kelihatan lebih berseri-seri.
Menerusi posting Annas menerusi laman Twitter miliknya, dia berkongsi gambar terbaru isteri kepada Jep Sepahtu yang kini sedang hamil.
"Shoot tak sampai 15 minit sebab kak Sari dah letih sangat dan tak larat. Semoga dikurniakan anak yang sihat, soleh dan solehah. Tak sabar nak tengok abang Jep Jr," tulisnya.
Shoot tak sampai 15 minit sebab kak sari dah letih sangat dan tak larat. Semoga dikurniakan anak yang sihat, soleh dan solehah. Tak sabar nak tengok abang Jep Jr pic.twitter.com/aaW6svrZT1
— Annas Easkey / MAZA (@AnnasEaskey) February 26, 2018
Manakala Sari Yanti menerusi akaun Instagram peribadinya berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen yang agak melucukan.
"Senyum ala ala macam sejuk. Suka ke kakak awak kena terik matahari tu..? Ke lepas snap gambar je dia terus pandang Annas Easkey macam nak telan?
"Alhamdulillah dijaga dengan baik sekali.. tembam dah kakak awak semua... Bak kata Annas Easkey badan kakak membesar bak juara... Ya betul.. Juara di hati abang awak Jep Sepahtu," tulisnya sambil disertai ribuan ucapan tahniah dan pujian mengenai penampilannya kini.
Senyum ala ala macam sejuk. Suka ke kakak awak kena terik matahari tu..? ke lepas snap gambar je dia terus pandang @annaseaskey macam nak telan?
Tak tau la kakak nak marah ke nak apa kat si @annaseaskey . Kakak pulak memang tak tau benda ni viral. Ingat kan abang kawasan suruh buat macam dikir barat tapi versi moden.. - time kakak buat tak da pun lagu .. dia cuma bilang 1,2,3,4 je . Pastu dia buat gaya la sikit sikit. Kakak ikut je. Sekali dia rupanya masuk kan lagu .. macam kakak terer pulak ikut lagu. Padahal Tidak. Tengok la muka kakak awak yang blur kat ending tu. Aduhaiii.. Sari.. Sari..
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Feb 26, 2018 at 4:13am PST
Sari dan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Sebelum ini, Sari pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin dan dikurniaka. dua orang anak, Barr Al Aliy, 8, dan Basit Al Haq, 6, tetapi bercerai pada 2014.
Topic Berkaitan
#Annas Easkey
#mengandung
#panama challenge
#Sari Yanti
#sesi penggambaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan